ARGHHHHHH,
STRESS!!
STRES ITU BIASA..
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi
Allah SWT yang telah banyak memberi nikmat sehingga kita tidak mampu
menghitungnya dengan mesin kira mahupun sempoa (sejenis alat kira lama).
Adakah anda pernah mengalami stres?
Pernah orang berkata, “Kalau tidak
pernah stress, itu bukan manusia. Tapi itu tiang elektrik!”
Mengapa?
Kerana stress itu suatu keperluan dan
momentum untuk terus maju.
Cumanya, jika tidak pandai urus stress,
ia akan menjadi bebanan dan berlebihan.
Bagaimana urus stress?
Adakah begini?
Budaya tari menari sampai lupa diri dan
kononnya menyelesaikan masalah.
Atau begini?
Budaya vroom-vroomm atau nama ‘glamour’
nya rempit?
Sudah tentu tidak!
Anda adalah pemimpin masa hadapan. Maka
sudah tentu kaedah tadi bukan penyelesaian yang tepat bagi anda.
Bertindaklah menyelesaikan masalah seperti
orang yang berilmu dan menepati syarak.
BAGUS JIKA BEGINI..
Berdoa dan mintalah pertolongan daripada
Allah SWT. Tingkatkan hubungan kita dengan-Nya serta banyakkan menyebut nama
Allah SWT.
Sesudah berdoa, berusahalah mencari
jalan penyelesaian. In Shaa Allah, dengan doa kita akan lebih sabar dan tenang
menguruskan stress.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami akan membalas orang yang sabar dengan memberikan pahala lebih baik daripada apa dikerjakan oleh mereka.” (Surah an-Nahl (16) : (96).
Juga, jangan lupa!
Banyakkanlah membaca dan meminta pandangan alim ulama dalam menyelesaikan masalah kita. Semoga Allah membantu kita dalam menguruskan stress yang kita hadapi.
MARI KITA BERDOA!
Mintalah pertolongan daripada Allah SWT
melalui doa.
“Ya Allah, aku memohon daripada-Mu jiwa yang tenang, yang beriman dengan pertemuan dengan-Mu, redha dengan ketentuan-Mu dan berasa cukup dengan pemberian-Mu.”
Amin..
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebaikan itu penyebab wajah
bercahay, hati bersinar, rezeki dilapangkan dan dicintai oleh semua makhluk.
Sesungguhnya pula kemaksiatan penyebab wajah hitam, hati gelap gelita, rezeki
sempit dan dibenci oleh semua makhluk.”
|
Stress memang dah sebati dengan diri kte terutama sebagai seorang student. Malah ada yang sampai migrain. Thanks for the info. Sedikit sebanyak dapat membantu dalam menangani stress.
ReplyDelete