Perkataan Di Dalam Al-Quran Terhad
Mempelajari
Basaha Arab untuk memahami al-Quran lebih mudah kerana perkataan di dalam
al-Quran adalah terhad berbanding jumlah perkataan Bahasa Arab keseluruhannya.
Antaran buktinya, terdapat tujuh
nama hari di dalam Bahasa Arab, sedangkan hanya dua hari sahaja yang disebut di
dalam al-Quran iaitu Jumaat (
الجُمُعَة) dan Sabtu (السَّبْتَ).
Terdapat 12 nama bulan tetapi hanya
satu sahaja yang disebut di dalam al-Quran iaitu Ramadhan (رمضان).
Ringkas kata, jangan risau tidak
cukup perbendaharaan kata. Ini kerana, Bahasa Arab al-Quran tidaklah mencakupi
seluruh perbendaharaan kata Bahasa Arab melainkan sebahagian kecil sahaja.
Sama Dengan Bahasa Harian
Selain itu,
sebahagian perkataan al-Quran mempunyai erti yang sama atau hamper sama dengan
apa yang kita fahami dalam bahasa harian kita. Antara contohnya,
Ilmu,
Amal, Taubat, Soal, Jawab, Azab, Solat, Zakat, Hukum, Zalim, Fitnah, Kadar,
Kitab, Adil, Amanah, Sabar, Hak, Batil, Nikah, Was-was, Jasad, Kaum, Ghaib,
Kitab, Maut, Laknat, Insan, Jin, Malaikat, Syaitan.
Banyak
bukan?
Perbendaharaan Kata Berulang
Perbendaharaan kata
bahasa Arab al-Quran unik dan mudah dikuasai kerana sifatnya berulang-ulang
sepertimana ungkapan dan cerita-cerita di dalamnya.
Terdapat
52,585 perkataan yang berulang di dalam al-Quran dan hanya 11,802 yang tidak
berulang (rujukan : www.qurancomplex.com).
Contonya, kalimah الله (Allah) diulag sebanyak 2,699 kali, kalimah إِلّه (tuhan) 208 kali, kalimahلا (tidak/tiada/jangan) 748 kali, kalimah مِنّ (dari/daripada/sebahagian 1,796 kali. Dengan
mengetahui makna empat perkataan ini, secara mudah anda telah memahami 5,451 perkataan
di dalam al-Quran.
Terdapat
juga kajian menyatakan bahawa 852 perkataan al-Quran diulang sebanyak sepuluh
kali atau lebih. Dengan memahami 852 perkataan ini, seseorang telah memahami 59
peratus atau 30,495 perkataan al-Quran (rujukan : U-Quran : Understanding
Quranic Arabic For The English Speaking).
وَلَقَد
يَسَّرْنَا القُران للذَّكْرِ فَهَل مِنْ مُدَّكِر
“ dan sesungguhnya telah Kami mudahkan
al-Quran itu untuk difahami dan diingati, maka adakah orang yang mahu mengambil
pengajaran? “
No comments:
Post a Comment