MANFAAT COKLAT KEPADA KESIHATAN
Coklat dengan kandungan kakao atau koko (biji coklat) yang
lebih dari 70% memiliki manfaat untuk kesihatan, kerana coklat kaya dengan
kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid. Dengan adanya antioksidan, ia
mampu untuk membunuh radikal bebas dalam tubuh. Banyaknya kandungan antioksidan
di dalam coklat adalah 3 kali lebih tinggi daripada teh hijau, minuman yang
selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksidan.
Dengan adanya antioksidan, ianya menjadikan coklat sebagai
salah satu minuman kesihatan. Fenol, sebagai antioksidan mampu mengurangkan
kandungan kolesterol dalam darah dapat membantu mengurangkan risiko terkena
serangan jantung yang seterusnya secara tidak lansung mampu mencegah wujudnya
risiko kanser dalam tubuh, mencegah terjadinya stroke dan darah tinggi. Selain
itu kandungan lemak pada coklat yang berkualiti tinggi terbukti ianya bebas
kolesterol dan tidak menyumbat pembuluh darah.
Coklat juga mengandung beberapa vitamin yang berguna bagi
tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E.
Selain itu, coklat juga mengandung zat mahu pun nutrisi yang penting untuk
tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. Kakao/koko sendiri merupakan sumber
magnesium semulajadi tertinggi. Jika seseorang kekurangan magnesium, masalah-masalah
seperti hipertensi, penyakit jantung, diabetes, sakit persendian dan masalah
bulanan wanita iaitu pra menstruasi (PMS) mudah berlaku. Dengan memakan coklat
ia mampu menambah kandungan magnesium dalam pengambilan nutrien harian yang
menyebabkan meningkatnya kadar progesteron pada wanita. Perkara ini dapat
mengurangkan kesan negatif daripada PMS.
Coklat untuk kecantikan
Manfaat lain dari coklat adalah untuk kecantikan, kerana
antioksidan dan katekin yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal, maka
tidak hairan sekarang wujudnya skrub badan berasaskan coklat bertujuan untuk
menjaga kecantikan kulit.
Jenis Coklat Paling Sihat
Banyak jenis coklat yang terdapat di pasaran. Ada yang
harganya mahal, ada pula yang harganya murah. Apakah perbezaannya? Berikut ini
perbandingan jenis coklat dan manfaat masing-masing.
Dark Chocolate/Plain Chocolate/Black Chocolate (Coklat Asli)
Dark Chocolate memiliki kandungan biji coklat (kakao) yang
paling tinggi iaitu sekurang-kurangnya 70% mengandungi kakao. Dark chocolate
memiliki kandungan kakao atau biji cokelat terbanyak, tanpa banyak gula dan
tanpa lemak tepu atau minyak sayur terhidrogenasi (HVO).
White Chocolate (Coklat Putih)
White chocolate atau coklat putih mengandungi 20% kandungan
cocoa butter atau lemak sayuran tanpa sebarang koko asli, sisanya adalah gula,
susu dan vanila. Kandungan gula inilah yang dapat memberikan kesan negatif,
seperti kerosakan gigi dan penyakit diabetes.
Milk Chocolate (Coklat Susu)
Milk chocolate atau coklat susu merupakan campuran kakao
dengan susu dan ditambah gula. Kandungan koko ialah hanya 20%-25%. Coklat jenis
ini juga sangat digemari kerana rasanya yang enak dan lazat.
Jangan Makan Coklat Sembarangan
Kesilapan yang sering dilakukan ialah membeli coklat yang
berharga murah. Biasanya coklat sedemikian memiliki kandungan kakao (biji
coklat) yang sedikit iaitu rata-rata kurang daripada 20%, bahkan ada yang
kurang dari 7%. Coklat jenis ini juga memiliki kandungan gula yang tinggi,
kandungan lemak tepu tinggi dan juga kadang-kadang mengandungi kandungan minyak
sayur terhidrogenasi yang tinggi (HVO) sehingga mengakibatkan kerosakan gigi
dan gangguan kesihatan seperti penyakit diabetes.
Produk coklat lainnya yang juga berbahaya dan buruk untuk
kesihatan khususnya yang berupa fondant
(biasanya digunakan untuk mendekorasi kue) dan praline.
Fondant sebenarnya mengandung 100% pemanis dan praline juga sama kesan
negatifnya.
Sebaik mungkin pilihlah coklat dengan kandungan gula yang
sedikit agar anda dapat menikmati manfaat besar yang dimiliki coklat. Manfaat
coklat sebenarnya terletak pada jenis coklat yang mempunyai kandungan koko yang
tinggi. Jangan lupa, jaga kesihatan anda. Pastikan anda tahu coklat mana yang harus
dipilih!
No comments:
Post a Comment