Saturday, June 13, 2015

MIND SETTING SEORANG PENUNTUT ILMU


Image result for image menuntut ilmu

MEMBUKA LEMBARAN BARU!

Salam Sejahtera buat pembaca budiman. Syukur kita masih mempunyai semangat proaktif, berjiwa besar dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

Pada kali ini, saya ingin berkongsi berkaitan “mindsetting” sebagai penuntut ilmu. Ini penting untuk menjadikan kita manusia yang hebat, luar biasa dan mampu menjadi manusia berjiwa hamba kepada Allah SWT semata-mata!

KITA ADALAH HAMBA!

Sebagai penuntut ilmu, kita adalah hamba Allah SWT dan matlamat utama kita “hadir” ke muka bumi ini adalah berubudiyah kepada Allah SWT.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”
(Az-Dzariyat (51) : (56)

Image result for image menuntut ilmu

Jika kita memahami, merenungi, menghayati serta sedar akan hakikat ini, yakinlah kita adalah manusia beruntung! Ini kerana Allah SWT menjadikan kita sebaik-baik kejadian.

Lihatlah kejadian Allah SWT yang ada di sekeliling dan lihatlah diri kita. Allah SWT jadikan pancaindera dengan fungsi-fungsi yang khusus dan tertentu. Mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan akal untuk berfikir.

Di saat akal memerhati dan melihat alam ciptaan yang terbentang luas ini secara tersirat dan tersurat, ia bertujuan membawa segala pemerhatian dan usaha-usaha penemuan saintifik tersebut untuk lebih mengenali siapa pencipta alam ini, siapa tuhan kita dan siapa seharusnya menjadi hamba kita.



Image result for image menuntut ilmu

Justeru, jika inilah yang menjadi corak pemikiran kita maka segala ilmu-ilmu yang kita timba dan belajar saban hari melalui pancaindera kita akan membawa kita kepada tunjang asal keilmuan iaitu mengenali Rabb kita yang sebenar. Ia akan membawa kita untuk mengesakan Allah SWT, mengagungkannya dan meletakkan Allah SWT sebagai penentu kehidupan.

MIND SETTING SEBENAR.

Mind setting sebeginilah yang kita kehendaki. Ia mampu menghubungkaitkan segala ilmu yang ditimba dan diperolehi dengan Allah SWT. Marilah melihat inti pati pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya yang dirakam di dalam surah Luqman (31), bermula ayat 13 sehingga 19.

“Luqman al-Hakim berpesan, “Bersyukurlah kepada Allah SWT” dan “Jangan menyekutukan Allah SWT”.

Inilah inti pati utama kehidupan kita dan sebagai penuntut ilmu. Penuntut ilmu itu harus mempunyai peribadi yang tawaduk (merendahkan diri), Rabbani dan soleh walau apa jua pengkhususan bidang yang diceburi. Jika hal ini tidak menjadi perkara dalam kehidupannya, maka ia akan menyimpang daripada tujuan asal menuntut ilmu.


Image result for image menuntut ilmu

No comments:

Post a Comment